Kow Gah Chie
LIHAT VIDEO DI SINI
Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah
atas saman fitnah.
Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.
"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
"Kita
singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan,
kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang
akhbar di Kajang, Selangor.
Beliau mengulas soalan berhubung
keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun
lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang
disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Ling berkata beliau tidak
mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau
terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.
Bekas
presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed
Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada
penderma berkenaan.
"Semua oang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.
"Saya
sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan
orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
"(Ini)
tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang
saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.