Halaman

Selasa, 16 Februari 2016

Mandeep dari BERSIH dilarang masuk Sarawak

MALAYSIAKINI




Anggota urusetia BERSIH, Mandeep Singh hari ini dimaklumkan oleh seorang pegawai imigresen yang dia dilarang masuk ke Sarawak.

Pegawai imigresen di Lapangan Terbang Kuching memaklumkan kepadanya bahawa notis larangan terhadapnya dikeluarkan pada 28 Januari.

Bagaimanapun, Mandeep berkata dia ke Sarawak pada 13 Februari menggunakan pasportnya tanpa sebarang masalah.

Pegawai imigresen juga memberitahunya yang dia akan dihantar pulang jika kembali ke Sarawak, kata Mandeep dalam satu kenyataan.

Sarawak mempunyai hak imigresen dan boleh melarang rakyat Malaysia dari Semenanjung Malaysia masuk ke negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.