Halaman

Rabu, 17 Februari 2016

Panel SPRM jumpa peguam negara Khamis ini

MALAYSIAKINI




Panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual bertemu dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali pada Khamis ini.

Seorang anggota panel itu mengesahkan perkara ini kepada Malaysiakini.

Terdapat spekulasi bahawa pertemuan itu bagi memujuk Apandi mengubah pendiriannya pada 26 Januari yang membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku.

Anggota panel yang enggan namanya disebut itu bagaimanapun berkata masih tidak jelas sama ada AG (gambar) mahu membincangkan perkara berkaitan perdana menteri.

Seorang lagi sumber dalaman SPRM mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Peguam Negara pada jam 3 petang.

Sebelum ini dilaporkan bahawa panel semakan operasi SPRM dan panel khas mahu badan itu bertemu dengan Apandi bagi membantu menjelaskan kenapa beliau tidak membuat pendakwa pada Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.