Halaman

Rabu, 17 Februari 2016

Ramalan Mahathir – Bashah jadi MB tak akan lama

Lu Wei Hoong
 

Menteri besar baru Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah tidak akan kekal lama sebagai menteri besar, ramal bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata, Bashah mempunyai rekod kerja buruk apabila gagal mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 2008.

“Kamu keluarkan orang yang dihargai oleh rakyat dan ganti dengan pihak yang gagal (sebelum ini).

“Kita tidak pernah kalah di Kedah sehinggalah mereka ini (Bashah dan pasukannya) ambil alih. Sekarang mereka ini kembali untuk tadbir negeri.

“Bolehkah kita percaya pada mereka untuk buat kerja dengan baik?” soalnya.

Mahathir berkata demikian selepas menghadiri pratonton Proton Perdana baru di Shah Alam hari ini.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.