Halaman

Khamis, 18 Februari 2016

PAS Selangor minta kerajaan negeri tidak naikkan tarif air

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya buat masa ini.
 
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata rakyat kini terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.
 
"Biar kita rujuk dahulu kepada MB apa yang berlaku. Saya berharap kerajaan negeri mengambil kira kesusahan rakyat pada hari ini, yang rata-rata dihimpit dengan masalah ekonomi. 
 
"Apa pun kita tunggu sidang DUN akan datang pada Mac depan supaya MB dapat beri jawapan yang rasmi kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Khairuddin, yang juga ADUN Paya Jaras mengulas laporan media sebelum ini bahawa Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menghantar pelan perniagaan tiga tahun kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN) pada bulan depan.
 
Pelan perniagaan itu bakal melibatkan cadangan kenaikan tarif baru air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
Ia akan mengambil kira kos biaya operasi dan pengurusan air di tiga kawasan tersebut.
 
Cadangan kenaikan itu bagaimanapun tidak disenangi oleh wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) yang mahu Azmin berpegang kepada janjinya pada sidang DUN lalu untuk tidak menaikkan tarif air.
 
ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik berkata rakyat akan menilai keikhlasan kerajaan dalam menetapkan sesuatu dasar sekiranya cadangan kenaikan itu dipersetujui.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.