Terpaksa menggaji warga asing kerana banyak kerja
kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan restoran dan perhotelan tidak
mendapat sambutan warga tempatan
KUALA LUMPUR: Dasar pemerintah menghadkan pekerja asing dalam perkhidmatan restoran dan perhotelan kepada kerja tukang cuci dan tukang masak disifatkan tidak relevan.
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menyeru kerajaan supaya membuka lebih banyak pekerjaan dalam perkhidmatan restoran dan perhotelan kepada pekerja asing kerana “tidak ada sambutan daripada warga tempatan”.
“Sekarang kalau kita nak dapatkan pekerja tempatan bukan senang. Sebab biasanya sebelum mengambil pekerja asing pengusaha restoran telahpun mengiklankan kekosongan mereka di dalam kedai tetapi masalah tak ada sambutan dari warga tempatan,” kata Ketua Pemuda KIMMA, Harisrajudin Alaudin ketika ditemui FMT.
Menurut Harisrajudin, penguasaha restoran dan perhotelan terpaksa menggajikan pekerja asing lantaran sikap warga tempatan itu.
“Kita berharap kerajaan dapat pertimbangkan benda ini, supaya memberi kelulusan untuk pekerja asing dalam servis perkhidmatan selain dua pekerjaan yang ditetapkan sekarang,”katanya.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin berkata, pihak kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pekerja asing yang bekerja sebagai pelayan restoran dan hotel kerana mereka hanya dibenarkan menjalankan dua aktiviti sahaja iaitu sebagai tukang masak dan tukang cuci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.