Halaman

Ahad, 21 Februari 2016

Riot: Pembekuan pekerja tak jejas MOU dengan Bangladesh

MALAYSIAKINI




Pembekuan pengambilan pekerja asing yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri semalam, tidak akan menjejaskan memorandum persefahaman (MOU) dengan Bangladesh untuk mengambil pekerja dari negara itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai respons kepada pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai pembekuan tersebut semalam.

"Saya mengalu-alukan kenyataan timbalan perdana menteri kerana ia satu kenyataan yang positif dan jelas mencerminkan keutamaan kementerian dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

"Bagaimanapun, pengumuman ini tidak menjejaskan kesahihan MOU yang ditandatangani dengan kerajaan Bangladesh," kata Riot.

Menteri itu bagaimanapun, tidak mengulas lanjut mengenai implikasi pembekuan terhadap MOU itu, dengan berkata butiran lanjut akan diumumkan, tanpa memberi tempoh masa tertentu.

Semalam, pemangku setiausaha Kementerian Ekspatriat Bangladesh, Begum Shamsunnahar dilaporkan berkata bahawa pengumuman pembekuan itu adalah 'eyewash' untuk menenangkan pengkritik kebanjiran pekerja asing dan tidak akan menjejaskan pengambilan rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.