Halaman

Khamis, 18 Februari 2016

TERGAMAKKAH WAN AHMAD TERIMA "DERMA" MAT SABU?

shahbudindotcom


 
 
 
Inilah yang dinamakan solidariti.

Sekumpulan anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka "Sahabat Mat Sabu" kini tampil memulakan inisiatif mengutip derma bagi membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berkemungkinan dijatuhkan muflis jika gagal membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Tampilnya anak-anak muda itu berbuat demikian kerana merasakan Mat Sabu kini dalam kesusahan, selain menganggap isu yang dibangkitkannya sehingga diheret ke mahkamah, turut berkaitan kepentingan rakyat.

Isu yang menyebabkan Mat Sabu disaman dan kemudian dikehendaki membayar gantirugi kepada Wan Omar ialah berkaitan Projek IC di Sabah. Perkara itu dibangkitkannya ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Pas.

Menurut maklumat terkini, difahamkan hampir RM20 ribu berjaya dikutip pada hari pertama kempen diadakan.

Berdasarkan semangat kebangkitan rakyat, tidak mustahil derma untuk membantu Mat Sabu itu akan beroleh kejayaan dalam waktu yang tidak terlalu lama.

Jika setiap orang sedia menderma RM10 sekalipun, ia sebenarnya dapat menyumbang nilai yang bermakna dalam menyahut erti solidariti anak-anak muda itu.

Cumanya, oleh kerana ia merupakan kutipan daripada rakyat, tergamakkah Wan Ahmad menerima  "derma gantirugi"  itu atau beliau akan menyedekahkan wang tersebut kepada pihak-pihak lain? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.