shahbudindotcom
Sehingga
ini sudah tiga kali akhbar perniagaan terkemuka dunia, The Wall Street
Journal atau WSJ mendedahkan secara terbuka ke seluruh dunia mengenai
skandal kewangan yang melibatkan Najib Razak.
Pertama,
tentang wang berjumlah AS$681 juta atau RM2,600 juta yang didakwa
dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kedua, mengatakan wang itu bukan
derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya datang daripada
beberapa akuan berkaitan 1MDB dan yang terbaru ini, mendedahkan pula
bahawa sebenarnya lebih AS$1 bilion atau lebih kurang RM4,300 juta telah
pun dimasukkan ke akaun Najib.
Woww...ini belanja guna duit atau makan nasi berlaukkan duit?
Malangnya,
dengan dakwaan yang sebegitu mencemarkan namanya sendiri, keturunan Tun
Razak, rakyat dan negara keseluruhannya, masih juga tiada keberanian di
pihak Najib untuk mengambil sebarang tindakan saman terhadap WSJ.
Dalam
dakwaan terbaru oleh WSJ, bukan saja perkataan saman tidak berani lagi
disebut, malah Najib juga dilihat keberatan untuk memberi sebarang komen
dan ulasan mengenainya.
Mengapa? Rakyat kini tertanya-tanya, kalau benar ianya fitnah, kenapa takut berhujah di mahkamah?
Atau, jangan-jangan apa yang ditanggapi oleh Tun Mahathir Mohamad ini memang ada benarnya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan