HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Mac 2016

Rakyat disaran sokong Deklarasi Rakyat

Maria Chin Abdullah
Maria Chin Abdullah


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia disaran untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa pemimpin parti dan NGO bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Pengerusi Bersih, Maria Chin berkata, sebelum ini rakyat telah memberi banyak peluang kepada Najib bagi membaiki segala kerosakan yang dilakukan terhadap pentadbiran negara namun tiada sebarang penambahbaikan dilakukan oleh beliau sehingga kini.

"Kami disini adalah untuk melihat perubahan jangka panjang disamping turut mendesak supaya Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat tuntut Najib undur]

Dalam pada itu, bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata, deklarasi berkenaan bukan hanya mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan beliau namun bagi mewujudkan pembaharuan dalam agenda negara ke arah demokrasi yang benar.

Ambiga berkata, negara kini tersasar jauh dari demokrasi sebenar dan pembaharuan yang akan dibawa seharusnya melibatkan kebebasan bersuara, pilihan raya yang adil dan mewujudkan semula undang-undang di dalam perundangan negara.

"Saya disini kerana saya yakin negara berhak mendapat lebih baik dari sekarang.

"Saya fikir pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seharusnya menjadi antara agenda yang memerlukan pembaharuan," katanya.


Tiada ulasan: