SELANGOR KINI
TANJONG KARANG : Seorang suri rumah rentung dalam
kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira jam 10
pagi, kelmarin.
Mangsa, Khalijah Yahya, 55, yang mempunyai empat anak itu ditemui rentung hampir 80 peratus selepas terperangkap di dalam rumah.
Sinar Harian Online melaporkan mangsa yang ketika kejadian berada di luar itu dikatakan masuk semula ke dalam rumah dipercayai cuba menyelamatkan dokumen penting bagaimanapun terperangkap dalam asap tebal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 10.01 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Jentera bomba tiba pada jam 10.05 pagi dan ketika itu api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah,” katanya.
Katanya, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.54 pagi.

Mayat Khalijah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
GAMBAR: FB Tanjong Karang SAWAH PADI EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.