shahbudincotcom
Deklarasi
rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin
politik dan masyarakat sivil semalam, jika dibaca sampai sehingga ke
penghujungnya, adalah bermatlamatkan empat perkara iaitu:-
- penyingkiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan,
- penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya,
-
pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar
hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan
polisi terpilih, dan
- pemulihan intergriti institusi yang dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.
Oleh
itu, reaksi pemimpin UMNO khususnya jurucakap Putrajaya dan juga Zahid
Hamidi yang cuba mengingatkan Tun Mahathir bahawa pertukaran Perdana
Menteri hanya boleh dibuat melalui pilihanraya dan sistem perundangan
yang demokrasi, nyata tersasar sama sekali.
Bukankah
sudah disebut bahawa penyingkiran itu akan dilakukan menerusi saluran
yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan, bukan saja
melibatkan Najib, malah semua mereka yang bersekongkol dengannya?
Tidakkah ia menunjukkan perubahan total yang ingin dimatlamatkan ialah selepas pilihanraya nanti?
Kenapa
ramai yang begitu risau seolah-olah Najib akan disingkirkan esok hari?
Kalau pun Najib berjaya diundurkan lebih awal, ia mungkin bonus
semata-mata.
Dengan
ini, jelas deklarasi rakyat itu adalah permulaan untuk menggerakkan
massa bagi menyelamatkan negara. Sesiapa juga yang waras, yang sayangkan
negara dan ingin melihat anak cucu lebih terbela di masa depan serta
tidak terkhayal dengan dedak yang tersisa, pasti bersetuju dengan
keempat-empat tuntutan itu sebagai asas utama pemulihan negara kita.
Tun
Mahathir, di penghujung usianya, di sebalik dikecam dan dihina kerana
gerakan yang dilakukannya ini, terbukti ingin menyelamatkan negara dalam
konteks jangka panjang dan selama-lamanya, bukan semata-mata
menyingkirkan batang tubuh Najib saja.
Yang
menariknya, jika ketika Tun Mahathir mengumumkan keluar UMNO pada 29
Februari lalu, ramai pengampu dan pembodek Najib mengatakan ia tidak
memberi kesan apa-apa, tetapi hanya dengan gerakan pertamanya melalui
deklarasi rakyat itu, sudah ramai yang kelihatan bimbang dan mulai
gundah gulana.
Oleh kerana bukan lagi merupakan ahli UMNO, keutamaan Tun Mahathir selepas ini ialah semata-mata untuk rakyat dan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.