HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 April 2016

8 cedera ringan siling restoran runtuh

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai lapan individu cedera ringan selepas siling dua restoran di aras bawah pusat beli belah Mid Valley runtuh, pagi jam 10 pagi tadi. 
 
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya yang menerima panggilan pada jam 10.21 pagi mengerahkan lapan anggota ke lokasi. 
 
"Anggota yang tiba kira-kira lapan minit kemudian mendapati dua bumbung restoran runtuh dan menyebabkan lapan orang awam cedera ringan. 
 
"Mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. 
 
Pihak bomba kini masih mencari punca kejadian dan laluan ke dua restoran itu tutup buah sementara waktu.
 
 

Tiada ulasan: