Halaman

Selasa, 5 April 2016

Banyak berdalih hanya buka tembelang sendiri

 
Lagi banyak Guan Eng bercakap maka lagi banyak tembelang yang akan terdedah. 


Razali-Ibrahimr_lim-guan-eng_sprm_600


PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disaran agar memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pembelian rumah banglonya dan perkara yang berkait rapat dengan isu tanah di Taman Manggis.

Saranan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang memberitahu, sikap berdolak dalih Guan Eng dalam isu berkenaan hanya akan memecah lebih banyak lagi tembelangnya.

“Lagi banyak Guan Eng bercakap maka lagi banyak tembelang yang akan terdedah. Kini kita dengar pula cerita PERDA dan sebagainya.”

“Banyak membuat kenyataan seolah-olah menunjukkan mereka (Guan Eng) cuba lari dari cerita sebenar,” katanya seperti dilapor laman portal UMNO Online.

Razali berkata, jika sebelum ini mereka (DAP) boleh membuat laporan kepada SPRM jika merasakan ada salah laku berlaku di kalangan anggota UMNO dan BN, tetapi bila kena di batang hidung mereka sendiri, kenapa mereka buat kenyataan bermacam-macam di luar.

“Jumpa SPRM dan kongsilah apa juga maklumat, jika benda tu tak betul, serahkan kepada SPRM tetapi apa yang berlaku sekarang, semacam ada perkara yang nak disembunyikan.

“Jadi, biarlah badan yang bertanggungjawab menyiasat, mereka patut beri kerjasama dan bukannya lari”, katanya.

Jelasnya, jika Guan Eng yakin tidak bersalah dia sepatutnya segera berjumpa SPRM bukan menunggu SPRM memanggilnya untuk melakukan siasatan.

“SPRM akan mengambil kenyataan bila tiba waktu, tetapi kalau dia nak datang jumpa sekarang pun boleh bagi. Tetapi mengelak-mengelak seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah.

“Saya pasti SPRM akan jalankan tugas dengan dedikasi dan profesional dalam soal ini. Ini bulan soal persepsi ataupun siapa yang dapat menguasai media sosial dalam kes berkaitan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.