Halaman

Selasa, 5 April 2016

Messi, Nazifuddin bukan automatik bersalah – KJ

 
Hanya kerana nama Nazifuddin tersenarai dalam dokumen 'Panama Papers', tidak bermakna beliau terlibat dengan jenayah.


Khairy-Jamaluddin_messi_nazifuddin_600_1


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mempertahankan anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang menjadi kontroversi apabila dikaitkan dengan syarikat pesisir pantai seperti yang didedahkan dokumen ‘Panama Papers’

Beliau berkata, Nazifuddin tidak semestinya melakukan sebarang kesalahan walaupun namanya tersenarai dalam satu kebocoran maklumat besar-besaran dari firma undang-undang berpusat di Panama itu.

Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, maklumat yang bocor itu membabitkan terlalu ramai individu termasuk pemain bola sepak terkemuka dunia, Lionel Messi.

“Terlalu banyak maklumat yang bocor di sana sehingga kita tidak tahu keseluruhan isi kandungan maklumat itu.

“Bahkan, nama Lionel Messi juga ada. Jadi, janganlah secara automatik kaitkan sesiapa melakukan kesalahan jenayah,” katanya ketika ditemui pemberita, di Lobi Parlimen, hari ini.

Menurut dokumen yang bocor itu, Mohd Nazifuddin dikatakan menjadi pengarah dalam dua syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu lagi, kebanyakkan ahli perniagaan telah menubuhkan ‘offshore’ di luar pesisir pantai sebelum melibatkan diri dalam politik.

“Kebanyakkan mereka menubuhkan ‘offshore’ untuk banyak tujuan, dan salah satu untuk tujuan perniagaan. Sesetengah ahli perniagaan ini sudah melibatkan diri dalam perniagaan sebelum menyertai politik,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy menyatakan beliau tidak tahu apakah tindakan yang akan diambil kerajaan Persekutuan terhadap kebocoran maklumat berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.