Halaman

Khamis, 7 April 2016

Gagal tambah baik, MP gesa speaker undur

Zulaikha Zulkifli

 


Anggota Parlimen DAP Lim Lip Eng meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan kerana kabinet hanya menerima tiga daripada empat penambahbaikan parlimen yang dicadangkan.

Anggota parlimen Segambut itu mendakwa, Pandikar sebelum ini memberitahu untuk meletakkan jawatan sekiranya tiada penambahbaikan dalam sesi penggal pertama parlimen tahun ini.

"Beliau kata beliau akan letakkan jawatan jika tiada penambahbaikan dalam penggal pertama tahun ini.

“Jadi, jika dia tidak mahu meletakkan jawatan, maka dia perlu sekurang-kurangnya mengurangkan 25 peratus daripada gajinya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kabinet menolak cadangan Pandikar untuk membentuk satu jawatankuasa menimbang rang undang-undang.

Menurut Lim, parlimen hanya menerima tiga penambahnaikan iaitu membentuk ruang kedua mini parlimen, lebihan masa 30 minit kepada menteri untuk menjawab soalan dan memendekkan masa untuk menghantar soalan daripada 14 ke 10 hari.

Sehubungan itu, Lim berkata Pandikar telah gagal untuk meyakinkan kerajaan untuk menerima satu lagi usul penting.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.