Keadaan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini sudah menunjukkan perkembangan positif dengan menggerakkan mata dan kepalanya, kata salah seorang ahli keluarganya.
“Alhamdulillah, satu perkembangan yang positif ditunjukkan oleh YB Hanipa yang mana beliau sudah mula sedar dan menggerakkan tangannya. Beliau juga cuba gerakan kepala dan mata untuk beri respon bila namanya dipanggil.
“Cuma doktor minta beliau beri tindak balas secara perlahan-lahan dan pulih secara semulajadi,” katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir berkata Hanipa dalam keadaan stabil namun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Hanipa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin selepas disedari pengsan secara tiba-tiba di tempat duduk beliau di Dewan Rakyat.
Beliau kemudian dipindahkan ke wad kecemasan HKL bagi mendapatkan rawatan susulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.