Halaman

Ahad, 3 April 2016

Media antarabangsa tiada kredibiliti lapor isu dana RM2.6b

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PADANG TERAP: Segelintir media antarabangsa disifatkan tidak mempunyai kredibiliti dalam melaporkan isu berkaitan dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berikutan fakta yang dilaporkan tidak konsisten. 
 
Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata demikian merujuk kepada laporan bercanggah disiarkan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu terbabit, yang dipercayai berasaskan fakta yang samar dan tidak disahkan. 
 
"Berdasarkan laporan pada 2 Julai tahun lalu, media berkenaan menyatakan dana RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad), namun terbaharu media sama melaporkan dana itu daripada Arab Saudi pula. 
 
"Fakta yang dilaporkan mereka sama sekali bercanggah dan tidak konsisten...ini tak patut berlaku dan lebih menyedihkan fakta tidak tepat itu turut dipetik dan disebar sehingga mencetus persepsi kurang baik. 
 
"Saya kira media terbabit tidak mempunyai kredibiliti dan jika mereka profesional, sepatutnya maklumat diterima akan disiasat dan disahkan sebelum disiarkan...saya kira mereka ini ada agenda dan strategi untuk jatuhkan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi. 
 
Beliau yang juga Menteri Pendidikan, berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan program '1Sekolah 1Silat' peringkat kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang. 
 
Yang turut hadir ialah Presiden PESAKA Kebangsaan, Tan Sri Ali Rustam. Mengenai program itu, Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan meletakkan sasaran memastikan persilatan di bawah naungan PESAKA Malaysia diserap masuk ke semua 10,160 sekolah di seluruh negara. 
 
"Sehingga kini, 1,188 sekolah membabitkan 71,125 pelajar sudah pun didedahkan dengan silat sebagai cabang ko-kurikulum dan kalau boleh kita mahu kira-kira 1,000 lagi didedahkan dengan ilmu persilatan dalam tempoh terdekat bermula Mei ini," katanya.
 
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139778
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.