DETIK DAILY
PUTRAJAYA: Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin PKR mengenai kezaliman lalu dalam suratnya kepada kepimpinan parti yang terbocor kepada umum minggu lalu.
“Ya, saya tulis surat itu (di mahkamah),” akuinya.
“Ia sebenarnya untuk (ahli) kepimpinan. Tetapi memandangkan ia sudah tersebar luas, saya harap semua ahli membacanya,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan sejurus sebelum diiring keluar.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat lapan muka surat yang ditulisnya kepada kepimpinan PKR tetapi kemudian terbocor kepada umum.
Dalam surat itu, Anwar menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyertaan pemimpin parti daripada kedua-dua bahagian politik dalam mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat.
“Jangan ikut agenda dia dan lupakan (agenda) rakyat.
“Bagaimana dengan harga barangan, kebajikan, pendidikan dan IPP (loji jana kuasa bebas)?,” katanya.
Anwar juga menasihatkan pemimpin PKR supaya jangan “ikut sistem kroni, rasuah dan kezaliman lalu”.
“Ini ialah pesanan saya kepada mereka,” katanya.fmt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.