KODIANG: Seorang bapa dilaporkan mengelar leher anaknya yang berusia
tiga tahun sebelum menikam diri sendiri di Kampung Tengah di sini,
semalam.
Kanak-kanak yang dikelar dengan pisau itu cedera dan mendapat rawatan
di Hospital Kangar manakala suspek berusia 29 tahun itu dilaporkan
menikam dada sendiri selepas kejadian.
Suspek turut dirawat di hospital sama.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek dilaporkan mengunci dirinya
bersama mangsa di dalam rumah, manakala isteri dan ibu saudaranya berada
di luar kediaman mereka.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku Asisten Komisioner Abd Rahim
Abdullah, berkata ibu saudara dan isteri suspek mendengar suara
kanak-kanak itu menjerit sebelum melihat suspek membuka pintu dalam
keadaan berlumuran darah.
Beliau berkata, suspek dan mangsa rebah di ruang tamu rumah sebelum ibu mangsa mengambil anaknya untuk dibawa ke hospital.
"Polis percaya suspek cuba membunuh diri selepas mencederakan anaknya.
Suspek dan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan.
"Kes disiasat mengikut Sekyen 307 dan 309 Kanun Keeseksaan kerana cuba
membunuh serta cuba membunuh diri, " katanya. Beliau berkata, suspek
mempunyai rekod sakit mental dari Bahagian Psikiatri Hospital Kangar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan