shahbudindotcom
Senada
dengan beberapa tulisan dalam blog ini yang mahukan Pas lebih bertolak
ansur dan kalau pun ingin berdepan satu lawan satu dengan BN sama ada di
Sungai Besar mahu pun di Kuala Kangsar, parti itu yang seharusnya akur
dengan Pakatan Harapan dan bukannya Pakatan Harapan tunduk kepada
mereka, Azmi Ali nampaknya telah memulakan langkah yang boleh diberikan
pujian ke arah itu.
Langkah
tersebut ialah memberi kata dua agar tiga Exco Pas meletakkan jawatan
dalam kerajaan negeri sekiranya parti itu berkeras juga mahu meletakkan
calonnya di Sungai Besar.
Sebagai
ketua kerajaan negeri di Selangor dan penggerak penting dalam Pakatan
Harapan, memang wajar Azmin memberikan kata dua itu agar Pas lebih sedar
dirinya yang sebenar.
Meskipun
semalam ada penafian mengatakan kata dua itu tidak pernah diberikan,
tetapi Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Mohd Khairuddin Aman Razali
akhirnya mengesahkan perkara itu.
Katanya,
permintaan Azmin agar tiga Exco Pas harus meletakkan jawatan jika
berkeras meletakkan calon di Sungai Besar adalah sesuatu yang benar
berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya.
Lagi pun, cakap ulama dan maklumat yang disampaikan kepada ulama mestilah sesuatu yang benar belaka.
Maka,
apa pendirian Pas selepas ini - tetap berkeras mahu bertanding juga di
Sungai Besar atau sedia bertolak ansur dengan Pakatan Harapan?
Terus
berpegang kepada ketetapan bertanding yang kononnya tidak boleh diubah
lagi atau lebih sayangkan jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor?
Apa ditunggu lagi wahai Pas...buatlah keputusan dengan segera?
Apa
pun, tahniah kepada Azmin yang bukan saja sedang "mengajar" Pas,
malahan juga menunjukkan kepada parti itu bahawa Pakatan Harapan adalah
pembangkang dominan yang sedang menuju untuk menjadi alternatif kepada
kerajaan UMNO dan BN yang telah rosak binasa angkara skandal kewangan
melibatkan Najib sekarang ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.