Halaman

Sabtu, 21 Mei 2016

JPJ: 80% pelajar bawa motor ke sekolah tiada lesen

JPJ: 80% pelajar bawa motor ke sekolah tiada lesen
Yusoff (tengah) bersama sebahagian penerima lesen pada program hari ini.


JOHOR BAHRU - Sebanyak 80 peratus atau 93,600 daripada kira-kira 117,000 pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah didapati tidak memiliki lesen motosikal yang sah.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob berkata, daripada jumlah tersebut hanya 20 peratus atau 23,400 pelajar memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

Beliau berkata, statistik tersebut diperoleh menerusi hasil kajian yang dijalankan oleh JPJ dan Kementerian Pendidikan.

"Hasil kajian mendapati pelajar ini tidak memiliki lesen atas beberapa faktor antaranya ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah selain tiada perkhidmatan bas sekolah di kawasan mereka.

"Justeru, golongan pelajar ini terdedah kepada bahaya termasuk kemalangan jalan raya berikutan kekurangan pengetahuan tentang undang-undang jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ bagi kawasan Gelang Patah di Dewan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di sini, hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.