MALAYSIAKINI
PAS meminta semua anggotanya agar itu tidak terlibat dengan spekulasi
tentang kedudukan exco parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.
Sehubungan itu, pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali meminta semua anggota PAS agar fokus kepada dua pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan.
Malah, beliau turut menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding pada dua kerusi Parlimen- Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Seluruh anggota dan pendukung PAS diminta fokus kepada kedua-dua pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan tidak terseret dengan berita dan spekulasi tentang kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
"Soal kerajaan akan ditangani secara tertib dan bijaksana. Tidak berbangkit soal exco PAS meletakkan jawatan atau dipecat daripada jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Harakahdaily.
Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan meminta ADUN PAS yang dilantik menganggotai exco negeri meletak jawatan jika parti mereka bertegas mahu bertanding di dua PRK berkenaan.
Ini kerana, PKR didakwa ingin meletakkan calonnya di Sungai Besar. Bagaimanapun perkara itu dinafikan Azmin.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan mengarahkan exco berkenaan jangan meletak jawatan tetapi bersedia jika disingkirkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan