Halaman

Selasa, 24 Mei 2016

Perlis dilanda ribut, 50 kes kerosakan dilapor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KANGAR: Hampir seluruh kawasan di Perlis dilanda angin kencang dalam kejadian ribut sebentar tadi, yang turut menyebabkan beberapa kerosakan termasuk lebih 40 pokok dilapor tumbang.
 
Kejadian bermula jam 1 petang selepas angin kencang membadai beberapa kawasan yang berlarutan hampir sejam.
 
 
Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, mengesahkan tidak kurang 40 laporan berkaitan kejadian pokok tumbang dan kerosakan akibat ribut diterima setakat jam 2.45 petang tadi dan dijangkakan laporan berkenaan meningkat.
 
 
Berdasarkan maklumat, kawasan yang terjejas akibat pokok tumbang termasuk sekitar Santan, Jejawi, Behor Mali, Arau, Kampung Bakong, Kok Kelang, Ulu Pauh, Abi, Sungai Batu Pahat, Sempering dan Kangar.
 
 
Turut mengalami kerosakan lain membabitkan papan tanda di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), papan tanda iklan di bulatan Persiaran Jubli Emas dan perkarangan Kompleks Stadium Tuanku Syed Putra.
 
Turut terjejas beberapa unit khemah yang dipasang untuk program kerajaan negeri di sini.
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.