Hafiz Yatim
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang enggan mengulas apabila
ditanya mengenai saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika
Syarikat untuk menyita dan merampas semula aset yang didakwa berasal
daripada dana yang dialihkan daripada 1MDB.
Ketika ditemui Malaysiakini di luar mahkamah selepas
perbicaraan membabitkan Rafizi Ramli, hari ini, Ambrin secara tertib
menjawab "tiada comment" berhubung saman sivil yang difailkan di Amerika
Syarikat itu.
Pada 20 Julai lalu, DOJ mengumumkan bahawa ia telah memfailkan
tindakan undang-undang sivil untuk menyita dan merampas aset bernilai
lebih AS$1 bilion, yang didakwa dicuri dari 1MDB yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak
Timbalan Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Andrew McCabe
berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala sangat besar dalam skim
yang merangkumi sebahagian besar dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.