PETALING JAYA: Mahkamah Khas Siber dijangka akan ditubuhkan dan akan
memulakan operasinya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula
September 2016.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata penubuhan itu berikutan trend jenayah siber di negara ini
semakin menjadi-jadi dan berbahaya.
“Antara serangan siber yang membimbangkan seperti meningkat seperti
penggodaman, penipuan dalam talian, botnet, web-defacement, kecurian
maklumat, pengintipan, judi siber, pornografi,” katanya dalam satu
kenyataan.
Azalina berkata fasa seterusnya akan diikuti di Selangor dan Johor
kerana ketiga negeri ini mencatatkan kes jenayah siber yang tinggi, dan
kemudian disusuli di negeri-negeri lain.
Beliau menambah beberapa agensi-agensi kerajaan sedang berbincang
mengenai usaha kearah mengetatkan lagi undang-undang siber sedia ada.
Bagi tujuan itu, kerajaan turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan-badan bukan kerajaan.
“Penubuhan Mahkamah Khas Siber ini adalah sebagaimana penubuhan
mahkamah-mahkamah khas lain seperti Mahkamah Khas Rasuah, Mahkamah Khas
Koroner, Mahkamah Khas Antipencatutan dan Mahkamah Khas Alam Sekitar dan
sebagainya,” jelasnya.
Bagi memastikan mahkamah khas siber ini berfungsi dengan baik dan
mencapai matlamat penubuhannya, Azalina berkata hakim-hakim khusus yang
akan mendengar kes-kes berkaitan undang-undang siber dan pihak lain yang
terlibat akan diberi latihan yang menyeluruh dan mencukupi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.