KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan pihaknya
tidak memiliki aset di Amerika Syarikat serta tidak mempunyai sebarang
manfaat daripada pelbagai transaksi dalam saman sivil yang didakwa
difailkan Kerajaan Amerika Syarikat (AS).
1MDB dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya tidak dihubungi Jabatan
Kehakiman AS atau mana-mana agensi asing lain berkaitan dalam siasatan
mereka.
"1MDB maklum sidang media yang diketuai Peguam Negara Amerika Syarikat
hari ini yang berkaitan dengan tindakan mahkamah sivil yang difailkan
oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
"1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak kepada saman sivil itu,
tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika Syarikat, dan tidak mempunyai
manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil
itu," katanya dalam kenyataan itu.
Syarikat pelaburan strategik itu turut mengulangi pendirian akan
memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa asing yang sah,
tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu dan
nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.