Halaman

Khamis, 21 Julai 2016

Tangguh bubar DUN Pulau Pinang taktik Guan Eng raih simpati - Tunku Aziz

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, menyifatkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menangguhkan pembubaran DUN Pulau Pinang adalah taktik untuk meraih simpati rakyat.
 
Malah beliau juga tidak menolak DAP Pulau Pinang akan menggunakan alasan politik dan rakyat demi menyelamatkan karier politik Guan Eng.
 
"Ini adalah sebab yang paling munasabah (bagi Guan Eng tangguhkan PRN), satu perkara yang mudah dilihat adalah untuk meraih simpati masyarakat. Ini bagi memastikan bahawa ia dilakukan atas faktor politik. 
 
"Maknanya mereka kalau buat salah pun tidak boleh sentuh mereka kerana kalau (didapati) bersalah pun akan tuding jari kepada kerajaan menggunakan faktor politik. Jadi mereka cakap tidak serupa bikin," katanya kepada Antarapos.
 
Sebelum ini DAP Pulau Pinang mendesak untuk mengadakan PRN negeri berkenaan sebagai tanda protes kepada pertuduhan rasuah yang difailkan terhadap Guan Eng oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
 
Namun semalam agenda itu terpaksa ditangguhkan selepas pimpinan Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat dengan semua parti pembangkang.
 
PH membuat pendirian berkenaan secara sebulat suara dengan kepimpinan parti lain terutamanya PKR yang diwakili oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 
Mengulas mengenai itu, Tunku Aziz menjelaskan terpulang kepada rakyat Pulau Pinang untuk menilai samada tindakan yang dibuat Guan Eng itu adalah untuk kebaikan rakyat ataupun langkah peribadi Setiausaha Agung DAP itu semata-mata. 
 
"Membubarkan DUN adalah hak beliau namun ia mesti dibuat dalam konteks yang betul tetapi yang dibuat ini memang hanya bersifat peribadi semata-mata. Saya harap rakyat Pulau Pinang akan sedar bahawa ini yang sebenarnya (yang dimahukan Guan Eng).
 
"Memanglah kalau dia nak bubarkan DUN, itu hak dia sebagai Ketua Menteri tetapi apa disebaliknya itu yang penting. Kenapa dia nak bubarkan DUN, yang kita boleh nampak ini ialah usaha untuk mengheret kerajaan negeri kepada persoalan peribadi beliau. 
 
"Kes yang dihadapi beliau tiada kaitan dengan rakyat Pulau Pinang dan kerajaannya, cuma melibatkan Guan Eng sendiri," ujar beliau lagi.
 
DAP sebelum ini memberitahu akan mengadakan pilihan raya mengejut sebagai tanda protes terhadap tuduhan rasuah yang disabitkan terhadap Guan Eng.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.