shahbudindotcom
Tindakan
Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad yang mengaitkan Yang Dipertuan
Agong sebagai Malaysian Official 1 dalam tulisan di laman Facebooknya
adalah suatu perbuatan yang jelas dan terang sebagai menghina kedudukan
dan keperibadian DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum
Sultan Badlishah.
Sama
ada tulisannya itu sebagai rujukan umum atau merujuk kepada saman
Jabatan Kehakiman AS, Nawawi sebagai Ahli Parlimen tentunya sedar bahawa
Malaysian Official 1 yang ditanyakan kepadanya adalah merujuk kepada
individu yang berkuasa dalam 1MDB, menerima AS$731 juta dalam akaun
peribadinya serta mempunyai hubungan persaudaraan dengan Riza Aziz, anak
Rosmah Mansor daripada suami terdahulunya.
Meskipun
beliau kemudian meminda tulisannya, yang membuktikan beliau sedar akan
kesalahannya, tulisan asalnya sudah pun tersebar luas di media sosial
dan ia sekaligus telah mencemar nama baik dan kedudukan Yang Dipertuan
Agong.
Apakah
dalam percubaannya mahu mempertahankan Najib Razak, Nawawi begitu buta
untuk mentafsirkan siapakah sebenarnya Malaysian Official 1 dan cuba
mengalihkan sasaran kepada Yang Dipertuan Agong?
Adakah
Nawawi sebenarnya cuba mengajak orangramai untuk mempercayai bahawa
Yang Dipertuan Agong terlibat dalam membuat keputusan berkaitan 1MDB dan
juga sebagai pihak yang disangsikan menerima wang sebanyak AS$731 juta
itu?
Dalam
hal ini, mana-mana NGO atau pertubuhan harus segera tampil membuat
laporan polis terhadap Nawawi kerana tulisannya yang bersifat tidak
wajar dan menghina itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.