MALAYSIAKINI
Anggota parlimen Langkawi menjelaskan status kontroversinya mengenai
Yang di-Pertuan Agong di media sosial tiada kena mengena dengan saman
Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS).
Datuk Nawawi Ahmad malah berkata, beliau tidak langsung menyebut
perkataan Malaysia Official 1 yang digunakan 36 kali dalam saman DOJ
untuk merampas aset berkaitan 1MDB itu.
"Ada dua perkara yang berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah
Malaysian Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official
Number One," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Semalam dalam tulisan di Facebooknya, Nawawi menulis bahawa berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
Namun, selepas empat jam, tulisan di Facebook itu disunting dengan
berkata, mengikut perlembagaan MO1 bukan Najib beliau mungkin MO2, MO3
atau MO4.
Sidang DUN Kedah semalam panas apabila bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut Nawawi memohon maaf kepada Agong berhubung kenyataan itu.
Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah juga merupakan sultan Kedah.
Dalam laporan akhbar harian itu, Nawawi berkata sebagai rakyat
Malaysia, tidak menjadi kesalahan serta menjadi hak peribadinya untuk
membuat definisi sesuatu perkara berdasarkan perlembagaan.
"Saya berpendirian tidak salah bagi saya mendefinisikan perkara yang
tidak ada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba
dikaitkan oleh kumpulan ADUN (pembangkang) berkenaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.