MALAYSIAKINI
Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik
Abduh.
"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda
PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar,"
kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.
Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat
antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz
meninggal dunia.
DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk
membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai
kumpulan kuasa ketiga pembangkang.
Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP
terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.
Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di
media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati
mendalam antara satu sama lain.
Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan