HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Ogos 2016

Hina institusi Raja: PKR hanya beri amaran kepada Darell

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Darell Leiking hanya diberikan amaran oleh pimpinan PKR berikutan tuduhan menghina Institusi Beraja pada hari pertama Aidilfitri lalu.
 
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ditemui media berkata amaran itu diberikan kepada Darell dua minggu lalu dan tiada tindakan lanjut diambil terhadap beliau.
 
"Pihak parti kita telah mengambil tindakan dua minggu yang lalu kita telah berikan peringatan supaya perkara-perkara ini perlu dibincangkan di peringkat dalaman parti untuk mendapatkan penjelasan dan tidak membuat tuduhan secara terbuka," katanya.
 
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun, menyerahkan siasatan isu berkenaan kepada pihak polis.
 
"Perkara ini sedang disiasat oleh polis, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat," jelas Azmin.
 
Pada 7 Julai lalu, Darell didapati telah memuat naik status di akaun Facebook beliau rata-rata mempertikai khutbah dikeluarkan JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai 2016.
 
Khutbah itu pada dasarnya menyentuh usaha mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.
 
Darell kemudian membuat kenyataan 'kelihatan Selangor ditadbir oleh ekstremis Islam' (it is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor).
 
Sehubungan dengan itu, ADUN Sungai Panjang Budiman Zohdi mengemukakan usul tergempar mengenai tindakan penghinaan Darell ini kelmarin, namun usul berkenaan ditolak Speaker DUN Hannah Yeoh.
 
Budiman sebelum itu turut meminta penjelasan daripada Azmin, namun menurutnya beliau memilih untuk 'bersikap hipokrit.'
 
 

Tiada ulasan: