Halaman

Rabu, 3 Ogos 2016

Azwan Bro syukur usaha gulingkan Najib gagal

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun


PETALING JAYA - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menyatakan laporan polis yang dibuat oleh beliau sebelum ini merupakan satu kejayaan.

Walaupun siasatan lanjut tidak diteruskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana laporan tersebut bersifat andaian, Khairul Azwan bersyukur kerana berjaya mematahkan cubaan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami bersyukur dan gembira kerana berjaya mematahkan satu cubaan untuk gulingkan Najib dan kami komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab kami ini.

"Saya ingin memesan kalau kamu menyerang Najib bermakna kamu menyerang Umno dan BN. Bila kamu serang Umno serta BN kami akan bangkit membalasnya," katanya ketika sidang media di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, petang tadi.

Namun begitu ketika diasak oleh wartawan siapa yang cuba menjatuhkan Najib, beliau enggan mengulas lanjut dan meminta media merujuk laporan yang telah dibuat sebelum ini.

"Laporan polis yang dibuat oleh saya telah menjadi viral di media sosial. Mungkin ramai yang telah membacanya," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.