Halaman

Selasa, 2 Ogos 2016

Bila Kambing Jauh Daripada Kumpulannya… – Pesuruhjaya PAS Terengganu




mahfuz


Kalau kambing jauhkan diri dari kumpulannya, tidak lama selepas itu ia akan dimakan serigala, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.


Walau bagaimana pun, Ustaz Satiful tidak menjelaskan lanjut maksud kiasan yang dipetik daripada sabda Rasulullah SAW (Hadith Riwayat Al-Nasa’i) kecuali melampirkan gambar di atas yang memaparkan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sedang bersalaman dengan isteri Tun Dr Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas isu gambar itu, ‘Pkpk Pikirpikir‘ menjelaskan Mahfuz kini diterbalikkan dengan kata-kata sendiri yang pernah menghina pimpinan UMNO bersalaman bukan muhrim.

“Memang dah patut Mahfuz isytiharkan diri tidak lagi bersama PAS….dulu dia yang memperkenalkan dan melabel Mukhriz sebagai “MB – Mr Blur”….la ni dia yang kuat menjilat Mukhriz….

“Dalam satu ceramah, dia (Mahfuz) pernah berucap dalam nada menghina pemimpin UMNO yang bersalam antara bukan muhrim sampai cium tangan….Mahfuz siap buat bunyi lagi “cup cup cup” dalam ceramah tu….la ni Allah balikkan kepada dia….cuma belum lagi sampai tahap cium tangan jaaa….

“Betul lah seperti kata Salahuddin Ayub bahawa sesiapa yang niat tak betul dalam PAS ni, Allah akan hinakan depa….Salahuddin juga kata “jangan main-main dengan perjuangan Islam (yang dibawa PAS)”…..,”jelasnya.

haris
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.