Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2016

Boikot FFM28: Netizen sokong pendirian Afdlin Shauki

Madiha Abdullah, Astro Awan
Boikot FFM28: Netizen sokong pendirian Afdlin Shauki
Penganjuran FFM tahun ini undang rasa tidak puas hati penggiat dan peminat seni perfileman.


HASRAT pelakon dan pengarah Afdlin Shauki untuk memboikot Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), mendapat sokongan netizen.

Dalam status di Facebook, kata Afdlin, dia berbuat demikian kerana berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pengiktirafan karya seni di FFM.

Afdlin turut mengirimkan ucapan selamat berjaya buat mereka yang bertanding.


Menerusi pemerhatian, rata-rata pengikut Afdlin merasakan ia tindakan yang patut diambil, susulan tindakan penganjur FFM28 yang membahagikan kategori Lakon Layar dan Pengarah Terbaik kepada dua kategori, iaitu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.

Kata mereka, sudah tiba masanya langkah drastik diambil, dan suara anak seni paling penting kerana FFM mempertaruhkan karya mereka.

Antara reaksi 'followers' Afdlin di Facebook.
Antara reaksi 'followers' Afdlin di Facebook.


Antara reaksi 'followers' Afdlin di Facebook.
Antara reaksi 'followers' Afdlin di Facebook.


BACA: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi

BACA: [UNDIAN] Perlukah pembikin filem diasingkan berdasarkan bahasa?

BACA: Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.