MALAYSIAKINI
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa para menteri kabinet yang bermesyuarat esok untuk menjelmakan bayangan 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam aduan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB.
Anggota parlimen Gelang Patah itu berkata, kabinet perlu, sama ada mengisytiharkan 'Malaysian Official 1' bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau mengakui beliaulah individu yang dinyatakan dalam dokumen DOJ.
"Dan menyatakan rancangan kerajaan bagi membuktikan perdana menteri
tidak terlibat dalam apa jua cara berkaitan penyelewengan berbilion
dolar 1MDB, pengubahan wang haram dan rasuah yang menjadi subjek aduan
DOJ.
"Apa juga yang kerajaan akan lakukan untuk menebus maruah Malaysia
dan reputasi antarabangsa negara ini," kata Lim dalam satu kenyataan
media.
Merujuk kepada soal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) ke atas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung isu
tersebut, kata Lim, episod itu membangkitkan dua persoalan penting
berkaitan kepentingan awam.
"Pertama, sama ada soalan 'siapakah Malaysian Official 1?'
yang disebut sebanyak 36 kali dalam laporan aduan setebal 136 halaman,
513 perenggan itu sebagai antara individu utama yang terbabit dalam
penyelewengan berjuta-juta ringgit dana 1MDB, pengubahan wang haram dan
rasuah merupakan satu jenayah.
"Kedua, sama ada spekulasi dari pelbagai identifikasi diberikan dalam aduan DOJ ke atas 'Malaysian Official 1' adalah Najib, walaupun tidak disebutkan nama adalah satu jenayah kejam di Malaysia," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.