shahbudindotcom
Tanpa
berselindung lagi, Tun Mahathir Mohamad bukan saja meneruskan
serangannya terhadap Perdana Menteri, bahkan secara terbuka mengatakan
Malaysian Official 1 yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS ialah Najib
Razak.
"Walaupun nama Najib tidak dicatit, tetapi semua tahu Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia Nombor 1) ialah Najib.
"Hanya
yang bangang saja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia
Nombor 1. Dan mereka saja yang masih sanggup menerima Najib sebagai
pemimpin mereka," kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan terbaru
di blognya.
Hari
ini juga, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipanggil oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berhubungnya
tulisannya di laman sosial Facebook yang menuduh Najib adalah Malaysian
Official 1.
Tony
Pua berkata, beliau dimaklumkan bahawa SKMM memanggilnya kerana
suruhanjaya itu menerima lima aduan daripada orangramai berhubung
tuduhannya terhadap Najib itu.
Pengerusi
DAP Selangor itu bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik
statusnya di Facebook itu, malah berikrar untuk meneruskan peranan
sebagai Ahli Parlimen untuk meminta kerajaan bersikap telus dalam soal
1MDB.
Kenapa ada yang membuat aduan terhadap Tony Pua?
Adakah menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 suatu kesalahan?
Jika begitu, adakah Tun Mahathir juga dianggap telah melakukan kesalahan?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.