Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
bahawa PAS bersedia mengambil alih Terengganu daripada Umno Barisan
Nasional (BN) disifatkan sebagai pendirian yang tidak 'kekal'.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata penegasan Tuan Ibrahim itu
mungkin akan berubah selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
'membuka mulut'.
"Selalunya kenyataannya (Tuan Ibrahim) itu tidak kekal kemudiannya di
susuli dengan kenyataan Presiden (PAS) yang lebih tinggi daripadanya
atau kadang-kadang Setiausaha Agung yang dibawahnya.
"Jadi bila kita komen apa-apa berdasarkan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa
PAS sudah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Terengganu saya
takut nanti ada pula kenyataan lain daripapada pemipin tertinggi dan
menyifatkan kenyataan Tuan Ibrahim kenyataan peribadi bukan kenyataan
parti," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Terdahulu, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan PAS mengambilalih kerajaan
negeri Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad
Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ahmad Said mengugut mahu mengusulkan usul sedemikian.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi
tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya
sebagai menteri besar.
PAS sebelum ini mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Hadi ketika itu menegaskan PAS sama sekali tidak terlibat dalam krisis
pentadbiran Terengganu dan menyerahkan kepada Umno untuk menyelesaikan
kemelut yang dihadapi parti itu.
Katanya, PAS memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk
menyelesaikan isu tersebut hingga tamat penggal tempoh mandat yang
diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.