Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2016

Muhyiddin tak daftar parti baru hari ini, kata pegawai khasnya

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan mendaftar parti baru hari ini, seperti yang dilapor media semalam.
 
Pegawai khas kepada Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim bagaimanapun tidak memberitahu lebih lanjut bilakah permohonan tersebut akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
"Tak betul tu (daftar parti baru hari ini)," katanya menerusi WhatsApp kepada Antarapos hari ini.
 
Media semalam melaporkan bahawa Muhyiddin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan ROS.
 
Terdahulu, Muhyiddin dalam laman Facebook memuatnaik dua keping gambar dirinya bersama rakan seangkatannya yang lain, mengadakan mesyuarat di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru.
 
 
Bagaimanapun Muhyiddin tidak menyatakan bilakah permohonan itu akan diserahkan kepada ROS.
 
 
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah, bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan belia, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
 
Mahathir sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan menjadi pengasas sebuah parti politik baru yang akan bersekutu dengan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang parti pemerintah Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.