GEORGETOWN: Penyanyi dan pengarah kontroversi, Namawee dibebaskan
dengan jaminan polis hari ini selepas tempoh tahanan reman empat harinya
tamat.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Ahmad Tajudin Zaini,
menolak permohonan polis menyambung tempoh reman penyanyi berkenaan.
Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, direman pada Isnin lalu
bagi membantu siasatan kes muzik videonya yang didakwa menghina Islam.
Video klip berdurasi 4.05 minit itu memaparkan rakaman empat lelaki
menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin sambil menari dalam rumah ibadat,
termasuk di sebuah masjid di Tanjung Bungah, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior
Faridalatrash Wahid berkata sementara menunggu arahan lanjut daripada
Pejabat Peguam Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.