Halaman

Khamis, 25 Ogos 2016

Polis Scotland umum hijab sebagai pakaian seragam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
EDINBURGH: Tudung kepala akan menjadi pakaian seragam rasmi pasukan keselamatan negara itu, demikian umum Polis Scotland.  
 
Pasukan berkenaan berharap, langkah itu bakal menarik lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu. 
 
Ketua Konstabel Phil Gormley berkata, beliau gembira mengumumkan perkara itu dan mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat Islam dan semua secara keseluruhan, di samping pegawai polis dan semua kakitangan. 
 
"Seperti mana majikan lain, terutama di sektor awam, kami berusaha memastikan perkhidmatan kami dapat mewakili masyarakat. Saya berharap tambahan ini akan menyumbang kepada kepelbagaian kakitangan pasukan kami.
 
"Ia juga menambah kemahiran hidup, pengalaman dan kualiti peribadi daripada pegawai dan kakitangan kami kepada masyarakat di Scotland," katanya. 
 
Sebelum ini, pegawai polis Islam di Scotland dibenarkan memakai hijab, namun hanya selepas ia diluluskan pegawai kanan.  
 
Polis Metropolitan memperkenalkan hijab antara pilihan pakaian seragam rasmi pasukan itu pada 2001 sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kepelbagaian dalam kalangan kakitangan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.