Halaman

Sabtu, 27 Ogos 2016

Pegawai kanan DBKL, ahli perniagaan dibebaskan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membebaskan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri daripada tahanan reman pagi ini bagi kes siasatan rasuah dan pengubahan wang haram. 
 
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjumlah RM300,000. 
 
Lelaki itu direman sejak 16 Ogos lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. 
 
Sementara itu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dibebaskan daripada tahanan reman pagi ini, bagi kes siasatan rasuah urusan pengeluaran kayu balak di Pantai Timur dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000. 
 
Lelaki berusia 64 tahun itu direman bermula 23 Ogos lalu bagi siasatan kes rasuah berjumlah RM500,000.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.