HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Ogos 2016

Rafidah tidak sertai Pribumi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mengesahkan beliau masih lagi ahli parti itu dan tidak akan menyertai Parti Pribumi yang dipimpin Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Bekas menteri kabinet itu berkata, beliau tidak akan mengubah 'haluan' walaupun jika dilamar mana-mana individu dari parti berkenaan.
 
"Tidak (menyertai parti). Saya tidak ambil kisah dengan parti baharu itu dan saya tidak terbabit. Saya masih ahli Umno," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Rafidah juga berkata, setakat ini masih belum ada mana-mana individu daripada Pribumi datang berjumpanya untuk 'melamar' menyertai parti berkenaan.
 
Rafidah berkata, beliau hanya mengetahui namanya dikaitkan dalam satu senarai yang kononnya adalah nama bakal pemimpin parti baharu itu, namun tidak mengetahui bagaimana beliau disenaraikan.
 
"Ada senarai nama ketika itu, tetapi saya tidak ada dan tidak tahu mengenainya kerana saya berada di luar negara (pada ketika itu)," katanya.
 
Pribumi didaftar secara rasmi di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 9 Ogos lalu.
 
Muhyiddin, bekas Timbalan Presiden Umno yang diangkat menjadi Presiden Penaja Pribumi berkata, parti baharu itu terbuka kepada rakyat Malaysia semua bangsa.
 
Sementara itu ahli bukan bumiputera juga boleh menyertai parti berkenaan tetapi sebagai ahli bersekutu.
 
 

Tiada ulasan: