KUALA LUMPUR:
Pergerakan Wanita Umno menggesa supaya tiga orang ‘Tan Sri’ yang
dinamakan oleh Sarawak Report sebagai ‘dalang’ yang mendedahkan maklumat
syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara tampil
membersihkan nama mereka.
Tiga
orang Tan Sri yang dimaksudkan adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Tan Sri Dr. Abu Kassim Mohamed.
Menurut
Pengerusi Biro Media dan Penerbitan Pergerakan Wanita Umno, Datuk
Jamelah A. Bakar, mereka perlu tampil ke depan bagi mengelak daripada
rakyat tertanya-tanya sama ada betul ataupun tidak mereka sanggup
berbuat demikian.
“Ini
amatlah penting sebagai bekas Gabenor Bank Negara, sebagai bekas AG dan
sebagai bekas tunjang utama SPRM yang jasa mereka amat besar kepada
negara dan rakyat, mereka tidak harus berdiam diri dengan dakwaan
Sarawak Report itu.
“Janganlah
beban diri dengan tuduhan yang berat itu dan kerajaan dan rakyat
tertanya-tanya tentang kedudukan perkara sebenarnya,” katanya, memetik
laporan Umno Online.
Isu tiga
‘Tan Sri’ ini mula diperkatakan setelah Naib Ketua Pemuda Umno,
Khairul Azwan membuat laporan polis mendakwa wujud konspirasi antara
tiga orang ‘Tan Sri’ untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Pihak
polis bagaimanapun telah menggugurkan laporan tersebut setelah siasatan
mendapati laporan tersebut dibuat atas andaian tanpa dikemukakan
sebarang bukti kukuh.
Ekoran
itu, Khairul Azwan telah dilaporkan ‘menjaja’ cerita kepada akar umbi
Umno bahawa laporan polis yang dibuatnya ke atas Zeti, Abdul Gani dan
Abu Kassim telah berjaya menggagalkan usaha mereka menggulingkan Perdana
Menteri.
Dalam
perkembangan lain, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula
mengesahkan wujud konspirasi tiga orang Tan Sri untuk menjatuhkan Najib
dengan mendedahkan maklumat sulit mengenai 1MDB.
Walaubagaimanapun,
beliau turut menyatakan pada asalnya ada empat orang Tan Sri yang
terlibat dalam konspirasi ini tetapi beliau percaya individu keempat
tersebut telah mengkhianati tiga orang Tan Sri ini.
Beliau
bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada betul ataupun tidak Tan Sri
keempat itu adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Kata Tun Mahathir, beliau tidak mahu ditangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.