MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu kerana
mendakwa Umno asal sudah tidak wujud lagi, jelas satu dakwaan yang
tidak benar sama sekali.
Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata anggota
Umno pastinya dapat menilai antara 'kaca dan permata' dan terus setia
bersama Umno yang terlalu banyak jasanya kepada rakyat di negara ini.
"(Dalam Umno) Sesiapa sahaja boleh bertanding semua jawatan, asalkan
dia ahli yang sah dan mendapat pencalonan dan sokongan," katanya dalam
satu kenyataan.
Justeru, Mustapha meminta anggota Umno agar tidak terpengaruh dengan
ajakan Tun Mahathir agar keluar daripada parti yang didakwanya Umno kini
hanya milik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Veteran ingin mengingatkan Tun Mahathir bahawa Umno bukan milik
Najib. Umno adalah milik 3.5 juta ahlinya. Najib hanya seorang daripada
3.5 juta ahlinya," kata Mustapha.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.