Nasiblah Tan Sri Muhyiddin Yassin di pecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana kalau tidak, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tidak akan pernah menyebut Muhyiddin sebagai teman sejati.
Apa tidaknya, sepanjang bersama UMNO, Muhyiddin adalah antara pemimpin kerajaan yang paling kuat menghentam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat.
Muhyiddin cukup bangga apabila melihat himpunan berbagai NGO satu ketika dulu yang menyatakan sokongan kepadanya atas keberanian menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa.
Parti sekutu PKR yang kini di bawah payung Pakatan Harapan, DAP turut dikecam sebagai parti rasis yang membangkit kebencian orang Melayu terhadap parti-parti yang bersekongkol dengan parti Lim Kit Siang itu.
Boleh dikatakan tidak yang baik di mata Muhyiddin terhadap PKR, DAP dan Pas sehinggalah dia meninggalkan UMNO kerana dipecat.
Hari ini, semua yang dicaci, dihina dan hentam telah pun menjadi sahabat baik Muhyiddin.Silap haribulan, parti DAP yang dikatakan rasis juga akan tidur sebantal dengan Muhyiddin bila tiba masa.
Menariknya, malam tadi, Mohamad Azmin memberitahu dunia bahawa Muhyiddin adalah teman sejatinya kerana berada di landasan perjuanan yang sama.
“Saya menganggap Muhyiddin sebagai teman sejati dalam perjuangan menolak UMNO kerana beliau seorang yang teguh prinsip persahabatan adn ketika Anwar dipecat, hanya Muhyiddin sahaja pemimpin UMNO yang datang berjabat tangan dan mendoakan kesejahteraan Anwar,” katanya selepas menghadiri Mensyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sabah Bernam malam tadi.
Turut hadir, Muhyiddin dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Kata Mohamad Azmin lagi, walaupu selama ini dia dan Muhyiddin berbeza fahaman politik, namun hubungan persahabatan tetap terjaga.
“Sekarang dah senang kerana perjuangan kami sama malah fahaman politik pun telah tidak banyak bezanya,” katanya.--MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan