MALAYSIAKINI
Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan kenyataan polis yang enggan mengulas
pengesahan bahawa Malaysian Official 1 (MO1) ialah Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Anggota parlimen Pokok Sena berkata perkara itu lebih pelik apabila
kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan
dikaitkan dengan atas alasan enggan berpolitik.
“Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT
(Majlis Tertingi) Umno dan pengarah komunikasi dan strategi BN,” soal
bekas naib presiden PAS itu.
“Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik?
“Apa politiknya saman sivil tersebut yang menyebut wang berjumlah
AS681 juta (RM2.6 bilion) berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1.”
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat meminta
pasukan keselamatan tidak diheret ke kancah politik ketika ditanya sama
ada polis akan memulakan siasatan baru terhadap Najin susulan pengesahan
Rahman itu.
BBC pada Khamis melaporkan Rahman sebagai mengesahkan MO1 adalah
Najib tetapi menegaskan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak
menyebut nama sebenar kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan.
Sementara itu, Mahfuz membangkitkan spekulasi bahawa polis berjaya
mencium “komplot” dalam Umno sudah mengundurkan Najib yang menjadi
“bebanan politik” parti Melayu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan