Pengerusi
Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga Pemadam Datuk Jamelah A. Bakar,
(tengah) bersama pengerusi dan wakil biro Pemadam.
KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) menzahirkan
rasa kecewa dengan kenyataan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul
Jalil berhubung dakwaannya yang mengatakan NGO itu tidak menjalankan
tanggungjawab mereka.
Pengerusi Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga Pemadam, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan Shahrizat beretorik dan hanya bermain politik.
"Kenyataan itu hanya retorik politik bermusim dan ini penganiyaan kepada mereka yang keluarkan duit sendiri secara sukarela.
"Jangan patahkan semangat mereka dengan menuding jari," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pemadam Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Jamelah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahrizat yang mempersoalkan keberkesanan program membanteras gejala penagihan dadah di negara ini khususnya NGO pemadam kerana membabitkan perbelanjaan besar.
Kenyataan Shahrizat itu susulan daripada tragedi tragis pembunuhan Pengerusi Tetap Wanita Umno Bahagian Tangga Batu, Allahyarham Mariah Baharin, 61, suaminya, Hassan A Wahab, 72, dan anak bongsu mereka, Muhammad Taufeq, 22, di Kampung Bertam Malim di Melaka yang berpunca daripada pengaruh dadah yang dipercayai dilakukan oleh ahli keluarga angkat pasangan itu.
Dalam pada itu, Jamelah meminta Shahrizat dan mana-mana pihak supaya bergandingan dengan mereka untuk membanteras gejala dadah dan bukannya hanya pandai bersikap menuding jari dan menyalahkan orang lain.
"Saya mengajak Shahrizat untuk datang bekerjasama dengan Pemadam serta NGO lain supaya kami dapat memperjelaskan segala aktiviti kami membanteras dadah selama ini," katanya
Terdahulu, Jamelah yang mempengerusikan Mesyuarat Pengerusi Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga Pemadam mencapai ketetapan menggesa kerajaan mewajibkan penagih dadah kritikal dimasukkan ke pusat pemulihan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan