HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 September 2016

Penghapusan 10% Diskaun Bumiputera : Azmin Pelaksana Agenda DAP Di Selangor -KUSEL

 

 
kusel


Penghapusan 10 peratus diskaun untuk Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) di Selangor membuktikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pelaksana agenda DAP di negeri itu.


Pengerusi Kelab Usahawan Selangor (KUSEL), Datuk Zaini Taha berkata pemansuhan hak istimewa orang Melayu-Bumiputera dengan diganti hak untuk semua kaum secara sama rata adalah agenda DAP melalui Malaysian Malaysia selama ini.

“Diskaun yang selama ini dinikmati oleh kaum Bumiputera dengan setiap pembelian rumah sebanyak 10 peratus telah pun diberikan hak sama rata.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri (Selangor) cuba memanipulasikan isu ini dan menjadikan Malaysian Malaysia, hak sama rata.

“Dengan mengamalkan cara begini, hak istimewa orang Melayu sudah tidak ada lagi,”katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tiada ulasan: