Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
menyarankan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir
Mohamad supaya menyuluh dirinya dahulu sebelum mempertikaikan demokrasi
diamalkan kepimpinan negara pada hari ini.
Bercakap di lobi Parlimen di sini hari ini, Ahmad Shabery mempersoalkan
tindakan Tun Mahathir kebelakangan ini yang sering mempertikaikan
amalan demokrasi ketika ini.
"Saya nak tengok zaman Mahathir, apakah bentuk kebebasan yang diberikan
oleh beliau. Kebebasan Akhbar, adakah siaran langsung bahas parlimen,
ada tak zaman dia?
"Ada tak zaman dia orang yang disyaki terus dikenakan ISA, sekarang ni
sudah tiada, zaman dia ada tak? Jadi, kita nak bandingkan bentuk
kebebasan yang diberikan oleh Tun Mahathir berbanding yang ada sekarang.
"Orang yang paling banyak ditahan bawah ISA, bagaimana akhbar ditutup, The Star pernah diharamkan, semua dibawah Tun Mahathir.
"Jadi, kalau hari ini dia (Mahathir) bercakap pasal kebebasan, eloklah
dia menyuluh diri sendiri, apakah bentuk kebebasan yang pernah
ditawarkan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri," tambahnya kepada
pemberita.
Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Tun
Mahathir yang dijangka membuat perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen
berkenaan imuniti di dalam Dewan Rakyat.
Terdahulu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal diminta
untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan
berhubung Akta Kerahsiaan Rasmi negara.
Shafie sebelum ini bersama dua lagi bekas menteri kabinet iaitu bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bekas Menteri
Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah diarahkan
memberi keterangan berhubung hujah mereka dalam Dewan Rakyat mengikut
Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.